Saiz Minimum Anchor Bolt
Berdasarkan kepada semakan dan keperluan semasa, Saiz bagi Anchor Bolt diselaraskan kepada saiz M12mm x 100mm
PERTAMBAHAN PRODUK KATEGORI CORROSIVITY C4
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Pembekal Sistem Kekuda Bumbung JKR Bil. 1/2025 telah meluluskan pertambahan produk di bawah Corrosivity Category C4 kepada syarikat Lavenda Building System Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi jenis tapak untuk kategori C4 tidak dapat dilaksanakan melalui sistem J-Truss disebabkan beberapa kekangan.
Sehubungan itu, sebarang pemilihan Pembekal Corrosivity Category C4 perlu dirujuk kepada Urus Setia Kekuda Bumbung, CKAS untuk pengesahan lanjut.
Pengemaskinian Keperluan Pematuhan Penyaduran Berdasarkan Corrosivity Category Terkini Specifications For Prefabricated Cold Formed Steel Roof Trusses Untuk Kegunaan Pembekal Sistem Kekuda Bumbung JKR
Specifications For Prefabricated Cold Formed Steel Roof Trusses telah dikemaskini berdasarkan standard dan garis panduan semasa. Dengan pengemaskinian takrifan pesisiran pantai merujuk kepada dokumen Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara 2 (RFZPPN-2) iaitu jarak garis pantai (shoreline) sehingga ~ 5000m, JKR telah memperkenalkan minimum coating mass of base steel bagi corrosivity category C4. Selaras itu, bagi memastikan ketahanlasakan kekuda bumbung keluli cold formed daripada ancaman hakisan dikawasan pesisir pantai, jenis penyaduran minimum bagi kategori C4 ditetapkan AZ200 atau Z600 dan fastener yang mematuhi penyaduran C4 seperti digariskan dalam AS3566.2.2002.
Keperluan Perakuan Pematuhan Standard (PPS)
Sebagai mematuhi kepada peraturan dan undang-undang di bawah industri pembinaan, setiap produk yang melibatkan bahan mentah dan produk siap adalah dikehendaki mempunyai PPS yang dikeluarkan oleh CIDB. Keperluan ini adalah merujuk kepada Akta 520.
Pindaan jarak rentang kekuda bumbung daripada 13 meter kepada 12 meter
Melalui spesifikasi terkini terdapat pindaan ke atas span kekuda yang dikurangkan kepada 12 meter